Isnin, 16 April 2012

HOMEMADE KAYA...

kayo omak..kayo omak!!!haha

homemade kaya...mmg sdp...kalo rajin semua blh jd..kalo malas beli je la..huhu...tq to haziq@myresipi.com....mmg suka sgt buka myresipi ni...kebanyakan resepi menjadi....

 

Bahan-bahan

2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
2 ringgit santan pekat (500gm)
5 biji kuning telur
2 camb. tepung kastard (bancuh dgn sedikit air)
1 helai daun pandan

Cara:

  1. Campur gula dan air dlm periuk jadikan gula hangus.
  2. Bila gula dah kekuningan masukkan santan pekat dah kacau sebentar hingga gula larut.
  3. Biarkan sejuk betul2.
  4. Bila santan dan gula hangus tadi dah sejuk, masukkan kuning telur, tepung kastard dan daun pandan. Kacau diatas api yg sederhana hingga mendidih. Bila sejuk kaya ni akan pekat.

AIR TEH CRYSANTIMUN


projek dgn kakak saya...projek air teh bunga yg terlalu senang.......


bahan:
beberapa kuntum teh bunga
gula batu(ikut kemanisan yang di kehendaki)
sdkt pewarna kuning
air secukupnya

cara:
  1. campurkan semua,dan masak hgga air mendidih...
  2. minum panas2 @ sejuk...siap...... :)

KEK COKLAT LEMBAB PECAH

kek coklat mekar


hahaha..satu trajedi..ingat nak wat kek coklat biasa je..bila kukus kali pertama dia pecah..guna api paling slow pn dia pecah juga..last2 biar jela dia nak pecah ....yang penting masih cun dan sedapppp.salah apa pn x pasti... resepi dari AfniHaikal@myresipi.com. tgk orang lain buat ok je...siapa yg berani cubalah buat...kuikui..


  • Bahan A
  • 2 Biji Telur
  • 1 Cawan Air
  • 1 Cawan minyak masak
  • 1 Cawan susu pekat manis
  • 1 Cawan gula
  • Bahan B
  • 2 Cawan tepung gandum
  • 1 Cawan serbuk coklat
  • 1 Sudu teh soda bikarbonat

Cara-cara

  1. Bahan A : Di Blander selama 3 hingga 5 minit ( sampai gula hancur ).
  2. Bahan B : Di ayak
  3. Tuangkan Bahan A ke dalam mangkuk
  4. Kemudian masukkan Bahan B sedikit demi sedikit ke dalam mangkuk Bahan A tadi dan kacau sehingga sebati.
  5. Bila semuanya dah sebati,tuangkan adunan tadi ke dalam loyang @ acuan kek yang telah di sapu sedikit marjerin.(saya masukkan dalam cupcake je) Dan boleh di kukus..

KUIH TALAM KELADI

kuih talam keladi yang baru siap masak...


kuih talam keladi yang dah sejuk..blhlah di potong..pastikan btl2 sejuk..br sng nak potong..guna pisau plastik ye..
bolehlah di makan



sedap kuih talam keladi ni...terimakasihlah pada kakizan@myresipi...coz kongsi resipi ni.. jom tgk bhn2nye...

Bahan-bahan ( Loyang 10 x 10 cm )
  • Bahagian Atasnya :-
  • 2 cawan gula pasir
  • 4 cawan santan pekat(kalo nak mdh 2 biji kelapa parut cmpr air dan ambil perahan pertama)
  • 3 helai daun pandan
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1 st. garam
  • 1 st. perwarna purple
  • Bahagian Bawahnya :-
  • 4 cawan santan cair(kelapa parut perahan kedua)
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan keladi dadu siap rebus(nak ltk byk lg pn ok..sbb ni x brp byk keladinya)
  • 1 biji telur
  • 1 st garam
Cara-cara
  1. Untuk bahagian atasnya:- Satukan santan pekat,gula pasir dan daun pandan jerang atas dapur dengan api pelahan sekali mengelegak saja tutup api dan biarkan sejuk betul.Setelah sejuk masukan tepung pukul rata dan masukan telur yang dipukul ringan dengan garam dan kacau rata-rata kemudian di tapis dan campurkan dengan perwarna purple ketepikan dulu.
  2. Untuk bahagian bawahnya:- Bancuh tepung beras dengan santan cair dan telur pukul ringan dgn garam dan di kacau rata-rata tapis masukan dalam periok dan jerang atas dapur dengan api pelahan dan kacau selalu supaya tidak bergentel2(adunan mmg nmpak berbiji-biji,jgn risau bila dikukus nanti dia akan ok) setelah pekat masukan pula keladi dadu tadi dan digaul rata dan tuangkan dalam loyang yang siap dialaskan dengan plastik berukuran 14" x 14" rata kan adunan dan kukus selama 5 minit dulu dan tuangkan bahagian atasnya pelahan2 mengunakan senduk dan kukus semula dalam masa 10 minit buka tudung kukus dan lap diatas kuih dengan kertas tisu dan kukus semula selama 15 minit.Penutup kukus hendaklah dibungkus dengan kain dan kukus dengan api yang pelahan.Selamat mencuba.

Jumaat, 6 April 2012

MY KEK






Assalamualaikum....hari nak kongsi resepi yg dh popular ni.....resepi kek span yg gebu n sdp ni...beberapa kali percubaan juga tlh gagal...tp kan usaha tgga kbelajar atau menggoogle je skrang utk mengetahui tip2 utk membuat kek span...jom kita cuba....ejayaan...hehehe...kena byk sabar n senyum jew...insyaAllah jd kek tu nnt...dan rajin2 la
kek span ambil resepi dari sweet4ever@myresipi

Bahan-bahan ( 1 biji kek )

  • tepong super fine - 150 gram
  • gula kastor - 150 gram
  • telor - 5 biji telor A
  • ovalette - 15ML - bersamaan 1 sudu besar
  • air daun pandan - 80ML
  • minyak / mentega cair -80ML
  • pes pandan - 5ML/ 1sudu teh
  • serbuk penaik - 5ML/1 sudu teh
  • sedikit pewarna hijau [x]

Cara-cara

  1. satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi nie terletak kepada kalajuan pengadun)
  2. perlahankan kelajuan dan masukkan air daun pandan, pes pandan dan sedikit pewarna hijau...pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
  3. tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
  4. sediakan tin pembakar bulat atau 4segi ukuran 8icni, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180darjah celcius
  5. bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek kita kempis...













Khamis, 5 April 2012

BLUE PAU

blue pau kacang hitam

rupa dalam blue pau

sesaja buat pau color biru...asyik warna putih je..haha...yang penting sdp..tq kepada tuan punya resepi asal...lupala siapa..maaaaf... :)

bahan:
300g tpg pau
6g baking powder
secubit garam
162g air suam
1/2 peket yis kering 
30g gula halus
18g lemak sayur
inti kacang hitam

cara:
  1. masukkan gula  dan yis kedalam air..biarkan kembang dalam 10minit.
  2. dalam bekas lain masukkan tpg,garam dan baking powder.gaul rata..
  3. masukkan bancuhan air kedalam tpg dan uli hgga agk licin.kemudian masukkan lemak sayur..uli lagi hgga adunan nmpak licin.
  4. penaikkan doh selama 30min.atau sehingga naik 2 kali ganda.tutup doh dgn kain lembap..
  5. tekan-tekan adunan utk buang angin.kemudian bahagi doh kepada bahagian kecil...buat sampai habis.
  6. ambil sebiji doh dan isukan inti..tutup rapat2. biarkan lagi dalam 5 min..sementara 2 blhlah panaskan pengukus..gunakan api besar..pastikan airnya betul2 mendidih.
  7. masukkan pau dan kukus dalam 10 min..balut penutup pengukus dengan kain supaya air kukusan x jatuh atas pau..




Isnin, 2 April 2012

KUIH LAYANG

bulat-bulatkan doh,rehatkan sekejap

canai nipis dan memanjang

gulung rapat...

potong gulungan sebesar jari manis anda..huhu

tekan sikit pakai jari

gelek bagi nipis,2 3 kali gelek dah ok


kuih layang


3 cawan tepung
1 biji telur
sedikit garam
150ml air(+-)
3 sudu besar tepung ubi
3 sudu besar minyak 

cara:
  1. satukan tepung dan garam,kemudian masukkan telur.
  2. masukkan air sedikit demi sedekit hgga menjadi doh...macam doh epok2 gitu.
  3. lepas 2,bahgi doh kepada bahagian kecil seberat 100g tiap satu.rehatkan sebentar.
  4. tepung ubi dan minyak di satukan,dan di gaul rata..utk di jadikan sapuan pada doh nanti.
  5. ambil 1doh kecil gelek hgga agak nipis...biar memanjang..
  6. sapukan adunan tepung ubi tadi..sapu rata ye...
  7. lepas 2,gulungkan doh yg sdh di canai.potong doh..kemudian gelek nipis..
  8. dah siap semua,bolehlah di goreng dalam minyak yg banyak dan api yang kecil...
  9. kemudian blhlah di tabur gula@ di sira sambal....
masa mengoreng 2,ambil 2 batang chopstik...buka2kan sikit lipatan 2.biar dia nmpak terbuka besar sikit...


CHEESE TART STRAWBERRY

masukkan doh dalam acuan

cucuk doh sebelum di bakar......

masukkan filling

lorekkan ,apa warna pun boleh
cheese tart

Pastry
170g butter/majerin
50g gula icing
1 biji telur gred c
1 sudu kecil esn vanilla
290g tpg gandum

adunan cream cheese
125g cream cheese
25g gula halus
1/2 biji telur gred B
1/2 sudu teh esen vanilla
filling(apa-apa jem)

cara:
 -pastry-
  1. butter dan gula icing dipukul hgga sebati..guna whisk saja.pukul sekejap...
  2. masukkan telur dan esen,pukul lagi.
  3. kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit hgga mendapat doh yg lembut.
  4. masukkan doh dalam acuan dan bakar pada suhu 170'c selama 20 minit.
 - cream cheese-
  1. pukul cream cheese dan gula hgga berkrim(mixer)
  2. kemudian masukkan telur dan esen,pukul lagi.
  3. ambil pastry tart yg dah sejuk,masukkan filling..kemudian masukkan adunan cream cheese.. ambil sedikit adunan cream cheese dan warnakan..(untuk melorek diatas cream cheese)
  4. bakar pada suhu 170'c selama 5 minit atau apabila kita sentuh permukaan cream cheese dia dah tak melekat di jari..