Isnin, 16 April 2012

KEK COKLAT LEMBAB PECAH

kek coklat mekar


hahaha..satu trajedi..ingat nak wat kek coklat biasa je..bila kukus kali pertama dia pecah..guna api paling slow pn dia pecah juga..last2 biar jela dia nak pecah ....yang penting masih cun dan sedapppp.salah apa pn x pasti... resepi dari AfniHaikal@myresipi.com. tgk orang lain buat ok je...siapa yg berani cubalah buat...kuikui..


  • Bahan A
  • 2 Biji Telur
  • 1 Cawan Air
  • 1 Cawan minyak masak
  • 1 Cawan susu pekat manis
  • 1 Cawan gula
  • Bahan B
  • 2 Cawan tepung gandum
  • 1 Cawan serbuk coklat
  • 1 Sudu teh soda bikarbonat

Cara-cara

  1. Bahan A : Di Blander selama 3 hingga 5 minit ( sampai gula hancur ).
  2. Bahan B : Di ayak
  3. Tuangkan Bahan A ke dalam mangkuk
  4. Kemudian masukkan Bahan B sedikit demi sedikit ke dalam mangkuk Bahan A tadi dan kacau sehingga sebati.
  5. Bila semuanya dah sebati,tuangkan adunan tadi ke dalam loyang @ acuan kek yang telah di sapu sedikit marjerin.(saya masukkan dalam cupcake je) Dan boleh di kukus..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan