Isnin, 2 April 2012

CHEESE TART STRAWBERRY

masukkan doh dalam acuan

cucuk doh sebelum di bakar......

masukkan filling

lorekkan ,apa warna pun boleh
cheese tart

Pastry
170g butter/majerin
50g gula icing
1 biji telur gred c
1 sudu kecil esn vanilla
290g tpg gandum

adunan cream cheese
125g cream cheese
25g gula halus
1/2 biji telur gred B
1/2 sudu teh esen vanilla
filling(apa-apa jem)

cara:
 -pastry-
  1. butter dan gula icing dipukul hgga sebati..guna whisk saja.pukul sekejap...
  2. masukkan telur dan esen,pukul lagi.
  3. kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit hgga mendapat doh yg lembut.
  4. masukkan doh dalam acuan dan bakar pada suhu 170'c selama 20 minit.
 - cream cheese-
  1. pukul cream cheese dan gula hgga berkrim(mixer)
  2. kemudian masukkan telur dan esen,pukul lagi.
  3. ambil pastry tart yg dah sejuk,masukkan filling..kemudian masukkan adunan cream cheese.. ambil sedikit adunan cream cheese dan warnakan..(untuk melorek diatas cream cheese)
  4. bakar pada suhu 170'c selama 5 minit atau apabila kita sentuh permukaan cream cheese dia dah tak melekat di jari..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan