Tempahan dari kawan....kek redvelvet....filling creamcheese...topping coklat ganache....hahaha...x percaya?percaya la...itulh permintaan plggan saya...yg pnting sdp....huhu...
jom layan resepinya....resepi dr geng myresipi....
nadiaejat@myresipi.com http://www.myresipi.com/top/detail/10484
Bahan-bahan
( 1 biji )
- Kek (Sila guna penyukat khas)
- 2 1/2 cup tepung kek (1 cup tepung kek = 2 sudu kecil
cornstarch dlm 1 measuring cup n isikan selebihnya dgn all purpose flour.
ayak 3 kali.)
- 1 sudu kecil serbuk penaik diayak
- 2 sudu besar serbuk koko tanpa pemanis (biasanya guna
van houten)
- 2 oz pewarna merah (kalau xtau sukat dlm oz, campurkan
dengan serbuk koko sampai boleh jadi pes pun cukup)
- 1/2 cup butter
- 1 1/2 cup gula
- 2 biji telur pada suhu bilik
- 1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2 sudu kecil esen vanila
- 1 cup buttermilk pada suhu bilik. kalau xdpt beli kat
kedai, resipinye ade di bawah
- 1 sudu kecil cuka putih
- 1 sudu kecil sodium bikarbonat/baking soda
- Buttermilk
- 1 cup (240 ml) susu kotak full cream
- sama ada 1 3/4 sbesar cream of tartar atau 1 sbesar cuka putih atau 1 sbesar jus lemon
- Cream cheese frosting
- 2 buku cream cheese, dilembutkan
- 1/2 cup butter dilembutkan
- 1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2 sudu kecil esen vanila
- 2 cup gila icing, diayak. kalau xsuke manis boleh kurangkan gula tp saya guna 2 1/2 cup
Cara-cara
- BUTTERMILK: campurkan tartar atau cuka atau jus lemon
pada susu dan biarkan selama 15 minit. Kacau rata sebelum guna. Ataupun
campurkan 3/4 cup plain yoghurt bersama 1/4 cup susu pun boleh jugak. Ikut
mane yang sesuai.
- KEK: sapukan butter pada 2 loyang bulat bersaiz 9 inci
ataupun 3 loyang bulat bersaiz 8 inci. Panaskan oven pada suhu 170 darjah
celsius.
- Ayakkan bersama tepung kek dan serbuk penaik di dalam
satu bekas sederhana. Di dalam satu bekas kecil, gaulkan serbuk koko
dengan pewarna merah sehingga menjadi pes yang tidak berketul.
- Dalam satu bekas besar, pukul butter dengan gula
sehingga kembang. Masukkan telur satu per satu, kemudian masukan esen
vanila dan pes koko merah tadi. Ratakan campuran dengan spatula sambil
memukul.
- Perlahankan mixer, masukkan 1/3 daripada tepung dan
pukul rata, kemudian masukkan 1/2 daripada buttermilk, pukul rata lagi.
Masukkan 1/3 lagi tepung,pukul dan semua buttermilk,pukul dan kemudian
kesemua tepung yang tinggal.
- Campurkan cuka dengan baking soda dalam satu bekas kecil.
Nanti die berbuih. Cepat2 campurkan dalam adunan kek dan gaul kemudian
masukkan dalam loyang dan bakar.
- Bakar pada suhu 170 darjah celsius selama 25-30 minit.
Kek ni moist, so kene cek awal. Bile cucuk dengan lidi je dah bersih,
keluarkan dari oven.
- Sejukkan kek selama 10 minit sebelum keluarkan dari
loyang. Pastikan kek dah betul2 sejuk sebelum letak frosting.
- CREAM CHEESE FROSTING: Pukul butter dengan cream cheese
sampai halus, perlahankan mixer dan tambahkan gula icing dan esen vanila.
- Untuk letak frosting, terbalikkan kek pertama supaya
bahagian kek yang rata di atas, sapu frosting di bahagian rata kek,lagi
tebal lagi sedap. kemudian letakkan kek yang kedua atas kek tadi, bahagian
yang rata menghadap bawah. kemudian sapu frosting di seluruh kek.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan