Rabu, 28 Mac 2012

SWISS ROLL





hari ni buat swiss roll gebu ni..resepi dr internet gak..tp dh d adjust ckt..ckt jela..x byk pn.sdp....cubalah buat..bhnnya pn sng..


bahan-bahan:
bhn A:
2 biji putih telur gred A
1/4 camca teh cream of tartar
40g gula castor

bhn B:
40g tpg gandum*
1/2 camca teh baking powder*
1/2 camca besar susu tepung*
 *di ayak
2 biji kuning telur gred A
1/2 camca tah esen vanilla
15ml air
25g gula castor
secubit garam
20ml minyak masak


cara;
  1. panaskan oven 180'c
  2. satukan bahan B dan kacau rata menggunakan whisk..kemudian ketepikan.
  3. putar bahan A hgga kental..pastikan btl2 pekat dan kental...masukkan kedalam adunan B,dikaup balik hgga rata...pelan2 k..
  4. tuang adunan dalam loyang saiz 7..dan bakar dalam 15 min...
  5. bila masak,biarkan sejuk...kemudian sapukan cream..dan gulung..




CENDOL



KEK PISANG















kek pisang yang mudah,dan hasil yg memuaskan....

kek pisang
150g pisang di lecek
180g tpg gandum
160g gula halus
3 biji telur
120ml minyak masak
1 sudu teh ovallete
1 sudu teh soda
1 sudu teh baking powder
secubit garam


cara:

  1. campur semua bahan dan putar dengan mixer hgga sebati dan adunan nampak putih.
  2. masukkan adunan dalam loyang yang sudah di gris..bakar pada suhu 180'c selama 40-50 min...







SOSEJ BUN















sosej bun
4 cawan tepung roti
4 sudu besar mentega
2 biji telur
1 cawan susu
2 sudu teh garam
2 sudu besar gula
2 sudu teh yis

cara:

  1. masukkan yis dalam susu suam,gula dan kacau rata.biarkan 10min.
  2. dalam bekas yg lain pukul telur sedikit,kemudian masukkan bancuhan yis dan mentega di kacau rata.
  3. dalam mangkuk besar masukkan tpg,garam...masukkan adunan telur tadi dan gaul sebati.uli hgga mndpt doh yg elastik.
  4. tutup mangkuk dgn kain lembap dan perap 1 jam.
  5. buangkan angin doh (bkn kita yg buang angin ye..hehe) dan rht lg 10 min.
  6. bulat2kan doh,dan canai mengikut bentuk yg kita nak... biarkan naik 2 kali ganda atau dalam 30 min..
  7. 220celcius dalam 15-20min..

VANILLA CUPCAKE














resepi dari youtube,just share kat sini...


vanilla cupcake
200g tpg kek
1/2 cawan mentega
1 cawan gula
2 biji telur gred A
1/2 cawan susu segar
1 sudu teh esen vanilla


cara:

  1. pukul gula dan mentega hgga kembang.
  2. masukkan telur satu persatu dan pukul lagi.masukkan tpg dalam tiga bahagian di selang selikan dengan susu segar,esen vanilla di akhiri dengan tepung.
  3. masukkan dalam cupcake,bakar pada suhu 180celcius 20-25 min.

APAM BERAS














resepi ni ambil dari Myresipi...jadi siapa2 yang minat makan apam blhlah buat apam ni;)


apam beras
2 cawan nasi
2 cawan tpg gandum
2 cawan tpg beras
1 3/4 gula
2 1/2 cawan air
1 sudu teh yis kering
kelapa parut+ garam

cara:

  1. blend nasi dan air hgga hancur.setelah hancur masukkan gula dan blend lagi.
  2. satukan tpg dan yis (dalam bekas lain)
  3. masukkan bahan cair dan kacau rata.perap selama 3 jam.
  4. masukkan adunan dalam acuan,dan kukus selama 15 min.
  5. blhlah di makan dgn kelapa parut.

KEK COKLAT LEMBAP

samar-samar plak....

















kek coklat
1 cawan gula
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
3/4 cawan serbuk koko
2 cawan tpg gandum
4 biji telur
1 tin susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla
1 cawan air panas
1 cawan minyak


cara:

  1. ayak tpg,baking powder,soda dan koko.
  2. larut gula dalam air panas.
  3. pukul telur hgga kembang sdkt.
  4. masukkan susu pekat,esen vanilla dan gula yg di larut tadi.
  5. masukkan tepung..akhir sekali minyak.gaul rata...
  6. bakar 180 celcius shgga masak.


Selasa, 27 Mac 2012

KEK UBI KAYU














kek ubi kayu
250g mentega
11/2 cawan gula castor
5 biji telur
11/2 cawan tepung
1/2 tin susu manis
1 sudu makan baking powder
3 cawan ubi kayu(di tapis)
1 sudu teh vanilla

cara:
  1. pukul mentega dan gula hgga kembang.masukkan telur satu persatu sambil di pukul.masukkan tpg,susu pekat,baking powder sambil di pukul.masukkan ubi kayu dan akhir sekali vanilla.
  2. masukkan adunan dalam loyang,masukkan sepruh dan taburkan serbuk koko.masukkan adunan lagi.buat brp lapis yang di ingini.
  3. bakar pada suhu 175celcius dalam 45-50 min.

SERI AYU


seri ayu
2 biji telur
1 cawan gula
2 cawan tepung
1 cawan santan
1 sudu teh ovallete
1 sudu teh perisa pandan
pewarna hijau 
kelapa putih+dgn sedikit tpg gandm & garam


cara:


  1. pukul gula dan telur hgga kembang,masukkan ovallete pukul lg hgga gebu.
  2. masukkan tpg,santan,perisa pandan dan pewarna,pukul lagi hgga sebati.
  3. isikan kelapa di dalam acuan,tekan sikit supaya mampat.tuangkan adunan dan kukus lbh krg 7 min...


ROTI SOSEJ


jom buat roti sosej yg lembut dan gebu ni...huhu


roti sosej
500g tpg roti
1/2 sudu teh bread improver
telur gred c (di pukul sedikit)
10g yis kering
50g gula castor.
20g susu tepung
1 sudu teh garam halus
250ml @ lbh air sejuk(dalam peti ais)
60g butter
sosej (rebus dahulu)

cara:

  1. masukkan semua bahan kecuali butter,air dan telur.gaul rata.
  2. kemudian mskkan telur dan air secukupnya..uli doh dlm 10min..doh biar lmbt dan agak melekit sdkt.
  3. masukkan majerin dan uli lagi supaya mendapat doh yang licin.
  4. bahagikan doh dan bulat2kan  kecil..berat lebih kurang 50g setiap satu.tutup doh dan rehatkan 10 minit.
  5. kemudian bentukkan doh seperti yang di ingini..rehatkan lagi dalam 1 jam @ 2 kali ganda naik.
  6. bakar pada suhu 180celcius dalam 10 min..



SIPUT














siput
500g tpg gandum
120g majerin
1 sudu kecil ketumbar*
1 sudu kecil jintan manis*
segenggam ikan bilis*
*di kisar halus
1 sudu kecil rata garam
sdkt srbk perasa
2 sudu besar srbk kari
air secukupnya
daun kari


cara:


  1. cairkan majerin...x perlu tggu sejuk.
  2. dalam bekas lain masukkan tpg,bhn yg di kisar,srbk kari,garam dan srbk perasa.gaul rata.
  3. kmudian masukkan majerin cair,gaul rata guna senduk.. dan mskkan air secukupnya shgga blh mnjd doh yg blh di gentel..
  4. goreng dalam myk panas...guna api kecil,goreng hgga kekuningan...bila siput hampir masak blhlah di masukkan daun kari...



KEK SPONGE





















kek sponge
4 biji telur gred A
114g tpg gandum
114g gula kastor
24g myk masak  


cara:

  1. pukul telur dan gula hgga kembang dan gebu.
  2. ayakkan tpg sdkt demi sdkt ke dalam adunan telur tadi.kaup balikkan adunan hgga rata.
  3. masukkan myk dan kaupbalik hgga rata lagi...perlahan2...
  4. masukkan adunan ke dalam loyang yg beralas kertas myk.bakar pada suhu 165celcius selama 25 min atau hgga msk.






APAM POLKADOT



  





walaupun ramai yg dah tahu buat apam polkadot ni, saya nak share juga dekat sini....tp kami sekeluarga tak berapa suka sgt makan apam ni... tp di sebabkan nmpk cantik,tu yg buat juga...

apam polkadot
2 biji telur gred A
183g tepung gandum
146g gula kastor
100ml susu segar
2 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete
1 sudu kecil esen vanila
apa-apa filling

cara:
  1. masukkan semua bahan dan pukul hinnga kembang dan gebu dalam 6-8min...
  2. warnakan adunan mengikut warna yang di ingini..
  3. masukkan adunan dalam paper cup bersaiz medium...isikan filling,kemudian tambahkan lagi adunan apam ke dalam cup tadi...corakkan mengikut kreativiti..
  4. kukuskan dalam 10-15 min...